
Kita sering mengklasifikasikan negara-negara dunia sebagai maju, membangun, mundur, negara kelas pertama atau negara dunia ketiga.
Sedangkan, di dalam dunia ini pada hakikatnya hanya ada 2 jenis negara. Negara yang aman dan negara yang bergolak.
Biarlah semaju manapun sesebuah negara, akhirnya ketidakamanan akan tetap menjadi kerisauan terbesar mereka. Biarlah semundur manapun sesebuah negara, akhirnya keamanan juga yang mereka impikan.
Bagi kita di Malaysia, tiada perkara yang lebih kita hargai dan syukuri melainkan keamanan dan ketenteramannya. Nikmat yang menjadikan kita bangsa yang berjaya dan bermaruah.
Bersempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini, marilah kita mengenang jasa dan berterima kasih atas segala sumbangan serta pengorbanan para perwira negara.
Yang bermati-matian, agar kita terus hidup dengan aman. Yang gagah dah berani, agar kita tidak ketakutan dan terancam.
Marilah kita titipkan doa paling ikhlas buat mereka semua. Semoga mereka sentiasa terpelihara, diberikan kekuatan dan dikurniakan rahmat serta perlindungan oleh Allah SWT.
Selamat Hari Pahlawan.